Hi Guys...
Pagi tadi pas kite mandi...biasala kan...membelek2 muka depan cermin kan...then kite tgk mata kite.....hoh....
eye bag yang amat truk.....rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dah ruper macam panda bear pun ada kite nie ..erm...cepat2 la siapkan sistem ni..arap2 la user kite puas hati ...xderla...kita asyik ngadap komputer  sampai pagi buta sambil perah2 otak nak debug semua error2. Dah sminggu lebih kot tido x tentu hala...hahaha...mana ngan badan kite ni kembali sakit2 teramat...erm...masa kite sibuk ni la...dia pun sibuk nak sakit sama....pfffffff......nanti2 la pas da setel everything nak g check naper sakit balik.....hehe
|  | 
| Kalau rupe kite macam ni.....come la jugok...tapi......owh tidak tidak...( source gambor==Google) | 
Kite jugak sempat mengodek2 google jumpak le beberapa petua nie...ni kite kopi paste dari blog petua sejagat.( hahaha...suka hati ja kan)
[1] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato
Hiris salah satu bahan di atas 
mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. 
Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 
minit.
Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.
Atau cara alternatifnya;
Kisar timun dan balut ekstrak timun tu
 dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. 
Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam
 bawah mata untuk beberapa minit.
Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.
[2] Uncang teh
Rendam 2 uncang teh dalam secawan air 
sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan 
dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 
minit yer.
Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.
[3] Minyak almond
Untuk pengetahuan anda, minyak almond 
juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan 
liang-liang pori daripada tersumbat.
Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.
Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)
[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di 
atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan 
makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman 
beralkohol.
Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... berhentilah merokok. :D
Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)
[5] Biji buah berangan
Biji buah berangan merupakan herba 
yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan 
perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan
 sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan 
masalah ni.
Errrr....petua atas tu semua memang bagus...tapi masalahnya mana weh nak
 cari semua menda tuh....arap yg ada pun teh ja ( bentuk serbuk kot) 
kikikiki....so...xperla...jap g kite g beli uncang teh lipton perasa 
Vanilla ok x???agak2 lagi mujarab kot kan...hehehe....so 
alternatif...kite tempek ajerla krim yang ada dalam kotak makeup 
kite....hehe ( sementara kan kan walaupun fungsinya bukan menghilangkan 
lingkaran hitam hanya menyegarkan mata....)..
|  | 
| Nasib baik la ada kamu wahai Za | 
Psst psst : Tula...semenjak buat sistem ni...muka sendrik pun x dikisahkan...ish ish apa nak jadi la anak dara ni kan kan...:D