Thursday 22 September 2011

Serpihan Satelit bakal jatuh ke Bumi 23 September 2011

Bintang2 sebagai saksi....wahahaha

Semalam, berita harian melaporkan Serpihan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) yang tidak lagi berfungsi diramal jatuh di luar Malaysia.

Menurut Agensi Angkasa Negara dalam satu kenyatan hari ini, satelit UARS yang dinyah aktifkan pada 2005, diramal jatuh dan memasuki atmosfera bumi Sabtu ini.  ( so this Sabtu ni korang tgk2 le slalu kelangit ek..).


Mengikut laporan NASA, UARS akan terbakar dan pecah kepada serpihan kecil apabila memasuki atmosfera bumi dan hanya sebahagian kecil komponen satelit itu dijangka jatuh ke permukaan bumi.
Justeru, menurut NASA, risiko jatuhan serpihan kepada orang awam adalah amat kecil.

Bagaimanapun, NASA melaporkan bahawa waktu dan jejak jatuhan serpihan satelit hanya akan diketahui dengan tepat beberapa jam sebelum ia berlaku.

Namun daripada penjejakan laluan orbit satelit yang dilakukan WeatherSpace.com, laluan serpihan satelit itu dijangka jatuh di kawasan sekitar Afrika, Asia Timur dan berakhir di Lautan Pasifik, di luar Malaysia.

UARS seberat enam tan itu dilancarkan pada 1991 untuk mengukur lapisan ozon, angin serta suhu dan ia adalah satelit terbesar NASA yang dijangka jatuh selepas makmal angkasa Skylab terhempas di barat Australia pada 1979 (Sumber Bernama)

Psst Psst: Harap2 la x jatuh kat Melaysia ku tercinta....ada sumber mengatakan dia akan jatuh area Indonesia...(isk dah dokek ngan Malaysia tuh!!)

4 comments:

  1. kalau jatuh kat Malaysia, jadi berita hangat 1 dunia..hehehe..

    ReplyDelete
  2. xmo xmo....xyahla jatuh kat Malaysia....xmo publisiti murahan..ekekeke

    ReplyDelete
  3. hari ini lah nak jatuh nya ya??
    dah jatuh ke blom??

    ReplyDelete
  4. kalau ikot perkiraan memang arini.....tp entahla...x sompek pulok nak nengok ke langit...:D

    ReplyDelete