Assalamualaikum,
Dah lama rasanya aku mendiamkan diri , tidak menulis langsung apa2 pada blog tahun ni... Hari ni aku terpanggil menulis kerana berasa amat sedih dengan sikap orang2 kita.....lebih2 lagi orang melayu islam sendiri.
Baru2 ini kita dihangatkan dengan kisah perbalahan diantara Ustaz Don dan Kak Wardina.... Aku bukan nak menyelebahi sesiapa disini..aku suka kedua2 ikon ni.. aku jugak bukan menulis untuk komen pasal video or statement yg dikeluarkan....siapa aku untuk judge siapa betul siapa salah kan...
Cuma disini aku nak ckp aku sedih bila membaca komen follower2 di FB.... hamboi2....suka sangat menjadi batu api... sudah simpulan ni membela.... ada yang mencela kononnya nak bela diri...sebagai ulamak patut redha ngan dugaan diberi....kemudiannya bila ada yang meminta maaf... dicaci pula dikata x sedar diri nak menegur org yg berilmu...
Dimana darjat kita sebagai orang melayu dan muslim? adakah ini yang diajar didalam Islam? mengutuk, menghina, menfitnah? adakah ini tingkah laku sebagai orang Islam?
Nak kata aku emosi?.....ya katalah.....sebab aku memang berasa amat marah....marah sangat2....sebab....kerana perkara ini kita umat islam bertikam lidah dikhalayak ramai.... malu sikit dengan bangsa lain...malu ngan orang agama lain.....melihat kita orang melayu islam berperangai begitu....
Sudah2 la bergaduh dan bersikap busuk hati...bertepuk tangan seronok tgk orang bergaduh....lagi parah siap jadi keyboard warrior nak laga-lagakan orang..........janganla pula kita nak menangguk air yg keroh...patutnya kita berusaha menjernihkan suasana...andai betol simpulan ada yg salah....cubalah kita menegur dengan cara yg baik...
Ok....for last....andai ada bahasa yang kasar disini... aku minta maaf....sebab aku bukan manusia sempurna....tidak terlepas dari buat salah...